gadis merah jambu




m
e
s
s
a
g
e

cerita seram lagi benar @ kmj

Saturday, November 16, 2013 @ 3:44 AM | 3 Comment [s]



k, sebabkan aku baru je guna blog ni, memang aku belum pernah postkan apa-apa entry pasal kehidupan aku sebagai seorang pelajar Kolej Matrikulasi Johor a.k.a KMJ.
Benda first yang aku nak postkan kat sini adalah mengenai....
bukan tentang kelasmet, mahupun rummet jauh sekali letchererrrrr. *annoyying spelling
aku nak cerita sikit pengalaman seram aku sepanjang kat bilik CT3.17 . HUUUUUUUUU.
oh ya, aku baru tahu dua pupu aku pun last year budak kmj, dia budak bilik sebelah jeh.
 (tak perlu cerita pun takpe kot yang ni )
k back to the story.
ceritanya macam ni. eh jap, kalau rasa lemah semangat jangan baca, nanti takut kau tak boleh tidur malam. kau akn salahkan aku cause yg ni memang kisah benar  tanpa ada unsur-unsur pokok tumbuh tokok tambah.
sebagai muqaddimah, aku ni memang seorang yang agak penakut sebenarnya, lemah semangat tu sikit tapi takdelah gila penakut. i admit that i'm really afraid of the dark k. tu memang aku mengaku lah. dan tu tak lawak k serius k serius. aku percaya wujudnya semua benda ghaib ni. and sendiri tahu tu memang sebenarnya syaitonnnnnnn. tapi satu je, aku kureng percaya dengan kewujudan p.o.c.o.n.g .
bukan apa, benda tu macam lawak, sebab selalu tengok dalam tb, benda alah tu melompat lompat. selalu terpikir, "boleh ke hantu melompat? , mana dia belajar melompat ? kenapa dia tak berlari je? " lol
apa yang lebih teruk, kat utube benda alah tu semua siap boleh shuffling ! tak,yang tu parody je. heheh
k k jum start cerita !
actually mcm ni, semuanya berlaku semasa bulan pertama aku di kmj.
sebelum aku masuk kmj, adelin yg juga mrupakan ex-kmj pernah cerita yg kat kmj ada hantu nasi lemak. ala, hantu yg malam-malam ketuk bilik orang, kononnya mintak kita beli lemak 50sen dia la tu. er.
malam pertama kat kmj. dalam pukul 2 pagi kot, aku sendiri dengar ada orang ketuk pintu dalam dua ketukan yang sangat jelas kedengarannya. katil aku memang bersebelahan dengan pintu. aku hampir nak bukak pintu, tapi nasib baik kata-kata adelin tu tetiba je ter refresh kat minda aku. aku tak jadi bukak. cause bila pk balik, tu baru first night. ada ke orang nak gi billik org pepagi buta. mesti tak memandangkan kita baru je nak kenal masing-masing. mestila segan. so, aku terus tidur n lupakan pasal hal tu.
yg pasal pocong ni, mcm ni ceritanya.
masa meeting blok dengan para fello. fello ada cakap pasal benda-benda ni. n dia kata kalau taknak kena kacau, jgn tidur lepas asar. so ada satu hari tu, dlm minggu kedua pembelajaran, esok tu aku ada quiz untuk chapter 1 physics, yela masa awal2 dulu semua benda kita semangat kan. jadi malam tu aku pun stay up lah memandangkan petang tu aku da tidur, aku tertidur petang tu sebabkan period pain yg sangat dahsyat.lol.then malam mmg takleh tidur le. roommates aku ni smua jnis tido awal. paling lmbt pun zeyra, budak katil depan. dia pun tak tentu ada hari lambat, ada hari awl. stndard pukul 12 dah tutup lampu. so malam tu aku decide nak study, jadi aku pun switch on la lampu meja. study punya study tengok jam dah pukul 2. aku pun da rasa tak sedap hati.. rasa macam ada je benda kat belakang, memandangkan aku dah habis study. aku pun tutuplah lampu meja n terus baring atas katil. aku cuba pejamkan mata. tapi memang rasa tak sedap hati. bilik aku pulak kipas memang slow gila namati tapi belum mati. memang macam cacing kerawit lah aku atas katil tu. bilik aku ni pulak kalau tutup lampu, memang gelap sebab langsir kitorang tutup. view kitorang memang kelapa sawit je oi. seram k kalau biarkan langsir terbukak. jadi kitorang tidur memang dalam keadaan gelap gelita tanpa ada sedikit pembiasaan cahaya pun. luls.
tiba-tiba aku ternampak mcm ada bayang kelabu melintas. laju je. sekelip mata je benda tu dah takde. dah bilik gelap memang clearly seen lerrrr. jantung aku dah berdegup laju mcm ferrari kat highway. (apekah?!?) 
out of the blue, aku tak boleh gerak!! badan aku rasa keras. rasa berat sangat. sah kena tindih. aku biase je kena tindih. tapi kali ni memang beratnyaaa mintak ampun. mata aku takleh bukak. aku pun mula baca  ayat kursi. tapi still tak jadi apa. 2 , 3 kali ulang baca ayat kursi. smpai aku cuba betul-betul ingat maknanya sekali dan tiba-tiba jari aku boleh gerak. dah boleh gerak tu terus aku pusingkan badan ke arah dinding and then ada muka pocong tepi aku. ASTAGHFIRULLAH'HAL'AZIM. memang aku tak tipu. mukanya hitam . aku terus bangun dari katil lari bukak lampu. jantung aku macam nak tercabut tu jangan cakaplah. rasa nak lari laju-laju balik kay ell ! (alasan nak balik je ni)

dah tu terus selubung bawah selimut sampai berpeluh satu badan. takut baqhang.. memang berzikir aku tidur malam tu. rasanya sebab aku period jugak la kot benda tu ganggu. biaselah kan tengah kotor. syaitonnn suka la. yeks.. start on that day, kitorang tidur tak pernah tutup lampu dah. kalau tutup, satu suis je tutup pun. 

SECOND STORY

Satu malam, time tu zeyra takda kat bilik, dia pergi bilik ain. Meiling pulak dah tidur, begitu jugak dengan Haidar. aku tengah baca buku. ni padangan dari atas bilik aku.

sori lah hodoh sikit tulisan. kuikui.
kat tengah tu locker. line warna hijau tua tu adalah langsir k.
setiap bilik susunan perabut tak sama. ikut kemahuan masing-masing. kira macam ni lebih privacy.

masa tengah nak menghafal tu,mata aku tetiba je terpandang langsir..
nak tau apa.. 
aku terrrr..rr.. naa..aamm..pppaa..aaaaakkk ni ! 

tapi sebabkan aku rabun jauh. aku cam perhati je benda ni lama-lama..lagi pulak lampu bahagian kitorang tutup. so cahaya agak malap sikit la.. err. tu kann..  tu sup bunjut pucung. err. aku curious sgt time tu nak tahu apa sbnarnya tu. nak kata meiling sangkutkan something tu mcm takkan je sebab berhabuklah kalau dy gantungkan baju ke hape. aku rasa mcm nak selak je lngsir. tapi aku masih waras k. eeeeeee. seram bila diingatkan balik.
lama-kelamaan aku pun ter zzzzz...
(dalam gambar atas ni rasa aku lukis meiling lagi menakutkan) kakaka

pagi besoknya , aku terjaga dek bunyik alarm yang sngat menyenagkan. lol. time tu dah pukul 6. hari sabtu so takde kelas, aku bukak je mata, mata aku betul-betul terpandangkan langsir. and aku terus bangun dah duduk kat katil aku. aku terus perhati je langsir tu. meiling pun terbangun sbbkan alarm aku, dia bangun dan terus bukak lampu.. dan ternyataa....
ternyata, tak ada apa-apa kat situ. sup bunjut dah tiada ! magic! amazing. seraya itu bulu roma aku menegak kauu. aku terus bangun and gi amik wudhuk nak solat subuh. 

pasal yang ni aku tak cerita pun kat roomies aku takut karang meiling pindah tido sekatil ngan aku pulak kang. kang kata kitorang songsang pulak. hahaha.

setelah kejadian tu semua berlaku, baru aku dengar classmates aku pakat cerita pasal pocong kat kmj. banyak sgt aku dengar orang cerita pasal pocong, even kat twitter pun budak2 kmj asik citer kata kat blok b ( blok lelaki) ada pocong. ni mesti kes pocong diorang datang nak intip aweks blok c. err.

then aku and classmates pun ada la search google. ex-kmj pun ada jgk yg update cerita psl pocong, hm.
ternyata lah benda tu ada.

nak baca cerita diorang, ni linknya 


satu lagi tak jumpa.

tak habis kat situ je. 

lepas beberapa bulan warga kmj dikejutkan dengan penemuan ini.



gambar yang dirakam oleh budak lelaki blok A sekitar tasik kmj.

nak clear lagi tengok yang ni



k, ni kita tak tahu lah kebenarannya. tapi orang kata ni betul-betul terjadi
terserah pada korang lah nak percaya atau tidak.
aku dah kena, so aku tahu la kebenarannya mcm mana.

ni semua adalah syaitonnnnnnn.


p/s: cerita gua tadi 100% real k. tak tipu. korang boleh judge.

Wallahu a'alam.
Dan Allah Maha Mengetahui..


Photobucket


| |
The Owner

hey stalker, supp ? thanks for viewing my official page. if you want me to follow your awesome blog, just leave your link in my cbox. insyaAllah i will follow you people. adios !

Navigations!

Diary About Stuff Site

hit that button

Blog Archive

  • handphone. rusakk.
  • Kebenaran Terbongkar : "LIKE & DISLIKE"
  • blog terkini
  • dinner with my beloved family.
  • sekolah hari ini :)
  • congrats guys :)
  • aliah :D
  • RANTAI BURUNG HANTU HARAM !
  • HARI KE-5 DI TAHFIZ :D
  • Hukum Melukis Objek Manusia Atau Binatang
  • Follow Me!


    The Credits!

    Template by : Farisyaa Awayy
    Basecode by : Nurynn
    inspired by : Miss Bambam
    ideas by: Fatin Nur Hanani

    Best View at GOOGLE CHROME!